Ashanti - Baby

Free Music Online
Free Music Online

free music at divine-music.info

Tuesday, December 13, 2011

Cinta & Kasih Sayang

Thursday, 13. September 2007, 02:34:04

Tiba-tiba hati ini merasa begitu rindu kepada manusia yang telah banyak berkorban untuk cahaya keimanan ini menyinari kehidupan manusia hingga manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan keburukan serta kemuliaan dan kehinaan. Mungkin kerana hari ini adalah hari pertama Ramadhan tambahan pula apabila saya bukakan pintu almari pagi tadi terpandang pula sebuah buku kecil yang ditulis oleh Dr 'Aid Abdullah al Qarni tentang keperibadian Rasulullah SAW. Rasa rugi pula kerana tidak terus mencapai buku tersebut untuk dijadikan teman karib pada hari ini.

Rasulullah SAW memang seorang manusia yang patut dirindui serta dicintai melebihi insan-insan lain di dunia ini. Malangnya kita terlalu sibuk untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam hingga rasa cinta
dan rindu padanya tidak dapat berputik dan membuahkan keimanan yang dapat menghidupkan jiwa hingga kita mengambil baginda sebagai qudwah dan ikutan kita.

Saya tidak dapat melupakan perasaan saya disaat-saat pertemuan dengannya dalam mimpi pada suatu malam. Satu mimpi yang cukup panjang dan sangat menggembirakan saya. Sejak itu saya sering menangis apabila terdengar nama baginda disebut apatah lagi apabila menghayati lembaran-lembaran sirahnya yang mulia.

Saya akan menangis apabila menyebut atau mendengar nama Saiditina Khadijah kerana baginda pernah menangis untuknya bahkan setiapkali hendak makan baginda akan sediakan satu bekas kosong untuk Saidatina Khadijah walaupun beliau sudah lama meninggal dunia. Pernah suatu hari Saidatina A'ishah dengan jiwa kewanitaannya mengeluarkan kata-kata yang agak tajam tentang Saidatina Khadijah kerana rasa cemburu dengan sikap Rasulullah SAW terhadap Saidatina Khadijah menyebab baginda seorang yang lemah lembut berubah hingga merah padam wajahnya. Begitulah kasih baginda kepada insan yang telah banyak berkorban untuk dakwah yang baginda dokong. Saidatina Khadijahlah wanita kaya yang hidup dalam kemiskinan setelah seluruh hartanya dikorbankan untuk dakwah yang didokong oleh suaminya yang tercinta. Saidatina Khadijahlah yang sentiasa disampingnya ketika masyarakat Quraisy menentang keras dakwah Rasulullah SAW. Saidatina Khadijahlah yang pernah hidup mewah itu pulalah yang setia hidup kelaparan disamping baginda ketika umat Islam diboikot selama 3 tahun hingga menyebabkannya sakit tenat yang berakhir dengan kematian.

Saya akan menangis apabila terkenangkan peristiwa di Taif yang cukup menyayat hati. Saya tidak dapat membayangkan lelaki yang dihatinya penuh kecintaan dan harapan untuk kebahagiaan manusia dilayan seburuk itu oleh tetangga keluarga susuannya. saya akan terasa sebak membayangkan darah-darah yang mengalir melalui betis baginda dan membasahi bumi taif itu sedangkan pada tubuh yang dibasahi darah itulah terdapat sekeping hati yang padat dengan kecintaan pada umat manusia. Apabila ditawarkan malaikat untuk membinasakan bumi Taif itu...baginda menolak, katanya "Jika mereka tidak beriman, mungkin dari sulbi mereka nanti akan lahir zuriat-zuriat yang beriman". Bahkan Rasulullah doakan kebaikan untuk mereka.

Untuk apa semua pengorbanan itu? Adakah untuk kepentingan dirinya sendiri? Adakah untuk harta dan kekayaan, pangkat dan kedudukan? bukankah semuanya untuk kita? Untuk kita beriman dan selamat dari azab siksa neraka, untuk kita mengenal kebenaran dan kebatilan dan untuk kita benar-benar mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya denga warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan
pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta
dan kasih sayang yang tidak ternilai dan diluar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.


 


 


 

Benarkah Itu Cinta?

Thursday, 11. March 2010, 01:34:32

Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta
dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?". "Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Hati kita memang mudah jatuh cinta
dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat.

Itulah cinta, penuh dengan keajaiban. Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi. Bukankah cinta itu mulia dan tinggi. Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa.

Benarkah itu cinta, Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat? Benarkah itu cinta, kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina? Benarkah cinta menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri? Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi 'suci'? Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan? Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?

Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa

Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari 'jalan pulang'

Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa 'jalan pulang'

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah



Benarkah itu cinta? Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan. Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'cinta pertama' dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka. Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja. kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon 'teruskan percintaan anda'. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.

Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta
dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan.

Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?


 


 


 


 

Hudzaifah Trisakti - Ada sebuah kisah nyata yang sempat dipublikasikan media massa. Kisah cinta kasih dua sejoli berlainan agama, yang hanya karena tidak mendapat restu orang tua rela mengakhiri hidupnya di atas rel kereta. Berkorban demi cinta, katanya. Dan sudah berapa banyak gadis-gadis perawan rela menyerahkan kegadisannya kepada kekasih yang dicintainya, sekali lagi, hanya karena alasan cinta. Demi cinta, kurelakan segalanya, katanya. Itulah cinta yang salah arah dan haluan yang akhhirnya kebablasan. Sebuah pengorbanan yang hanya mendatangkan penyesalan, tidak hanya di dunia tapi juga di hari kemudian.

Ya, berani bercinta memang harus berani berkorban untuk sesuatu yang dicintai. Tidak berani berkorban, maka janganlah jatuh cinta. Tidak pernah jatuh cinta, maka bukanlah manusia. Karena yang namanya manusia pasti merasakan cinta. "Manusia dihiasi oleh rasa cinta kepada wanita, anak-anak dst". (QS.: 3;14). Dan
cinta di atas cinta tentunya hanya untuk Allah SWT., RasulNya dan jihad di jalanNya. (QS.:9;24).

Inilah contoh kisah cinta sejati dan
pengorbanan hakiki yaitu kisah Ibrahim yang terukir dalam al-Qur'an. Setelah dia mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang sesungguhnya, dia pun jatuh cinta kepadaNya (tak kenal maka tak sayang, kan). Dan Tuhannya pun berkenan menyambut cintanya dan menjadikannya sebagai kekasihnya (khalilullah). "Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai kekasihNya" (QS:4;125). Dan karena Ibrahim as paham benar apa itu cinta
dan segala konsekuensinya, maka dia siap berkorban untuk sesuatu yang dicintainya karena memang cinta butuh pengorbanan. Namun tidak tanggung-tanggung, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan putra kesayangan satu-satunya, belahan hati yang bertahun-tahun ditunggu kehadirannya, tapi ia rela, karena memang yang memintanya adalah Tuhannya, Kekasihnya.

Itulah sekelumit kisah cinta antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebuah kisah yang benar-benar menyanyat jiwa, membikin pilu di hati, tapi penuh dengan nilai-nilai Rabbani. Sebuah pengorbanan dari pemahaman akan cinta yang sangat mendalam kepada Tuhan Rabbal 'alam. Demikian pula yang pernah terjadi dengan Sumayyah ra, syahidah pertama dalam sejarah Islam. Ia rela mengorbankan jiwa raganya demi mempertahankan akidah yang dicintainya. Ali ra rela menjadi ganti Rasulullah SAW di tempat tidurnya sewaktu Rasul keluar untuk hijrah, padahal Ali tahu maut di depan mata mengancam jiwanya. Tapi demi Rasulullah SAW yang dicintainya, dia rela berkorban. Demikian halnya Abu Bakar al-Shiddiq ra yang rela tangan dan kakinya dipatok binatang-binatang berbisa, ketika berdua bersama Rasul di dalam gua, yang memang belum pernah terjamah tangan manusia. Dia tidak rela tubuh orang yang dicintainya dan dikasihinya tersentuh sedikitpun oleh binatang-binatang yang berbisa. Sebuah contoh pengorbanan yang tiada tara yang pernah dibuktikan pula oleh Rasul dan para sahabatanya, lewat perang-perang yang taruhannya hanyalah nyawa. Dan kini nilai-nilai pengorbanan ini pula yang dibuktikan lewat bom-bom istisyhad (bom-bom syahid) yang dilakukan muslimin Palestina. Mereka rela walau nyawa taruhannya karena mereka tidak ingin Islam yang dicintainya diinjak-injak zionis pembikin angkara murka di dunia.

Itulah cinta sejati, cinta hakiki, yang akan mendapat ridha ilahi rabbi. Cinta
dan pangorbanan yang akan mendapatkan kenikmatan abadi di dalam surga nanti. Bandingkan dengan cerita di atas tadi. Sebuah gambaran cinta
dan
pengorbanan yang penuh birahi dan emosi. Sebuah pengorbanan yang tiada arti.

Ya, cinta memang butuh pengorbanan, tapi pengorbanan yang diridhai Tuhan. Wallahu 'alam


 

No comments:

Post a Comment